Wednesday, February 23, 2011

Sayang.........tolong tinggalkan aku

Tak terbendung lagi aku rasa..umpama batu besar yang menghempap dada..tak terbendung lagi kawah anak mata aku untuk menampung tindak balas kimia isyarat dari hati+otak ke mata.. Iya aku jahil tp otak ku masih waras dalam mengenali penciptaku..telah aku cuba meredhakan segala yang terjadi mungkin kerna khilaf iman ku senipis kulit bawang..Ya Allah aku memohon pada mu tabahkan hatiku, sucikan hatiku utk menghadapi perasaan ini.
kenapa sayang itu masih milik dia..walaupun bertahun aku berusaha memalingkanya tapi sayang kau tetap pemiliknya..walaupun luluh hatiku namun tidak pernah aku mendoakan kehancuran buat mu..kalau bisa aku pergi mahu saja aku pergi hanya kerna tanggungjawab aku masih terikat di sini..true best friends will never leave you when u in pain...dengan mengantikan sebuah perasaan kepada persahabatan sangat indah utuk diceritakan..tapi hanya yang menanggung dapat merasi nikmatnya..betapa aku mengharapkan persahabatan itu hanya untuk memujuk diri bahawa diriku bermakna sesuatu dan masih ada sudut kecil di relung hatimu..tapi itu pun aku kecewa lagi..adakah aku hanya melepaskan anjing yang tersepit..adakah persahabatan dan perkhabaran yang once in the blue moon menjelma hanya kerana menjaga kepentingan sendiri atau perasan bersalah dg apa yang telah diperlakukan pada aku..bukan daripada keihlasan hati perasaan sejati yang pernah hadir antara aku dan dia..Ya Allah aku memohon petunjuk dari mu..Ya Rabbi