Sunday, June 27, 2010

German Vs England


hahahha..seperti dijangka..German menang..buat penyokong England terimalah kenyataan dengan redha..berjumpa lagi 4 tahun akan datang..

Friday, June 25, 2010

Senja


Aku dah mula bosan dengan hari-hari aku lalui tanpa jadual yang ketat seperti dulu..walau jadual aku pax and aku penat tapi aku puas, dari aku menghitung masa dan berlalu tanpa impact yang menguntungkan..Aku masih keliru..masih tidak mampu utk 100% focus..serabut..apa yang aku serabutkan aku pun tak pasti...masalah??semua ada masalah tapi tah la napa aku rasa burden sangat..hati?? mungkin aku terlampau ikutkan sangat rasa hati..apa pun persoalan dan masalah dalam dunia ni tiada manusia terbaik untuk kita rujuk memohon pendapat..hanya sujud pada Maha Pencipta itulah yang terbaik..Melihat keindahan senja di tepi pantai Kuala Muda membuat aku rasa hiba dan sayu sangat hati..teringat akan kenaifan aku mengenali sendiri penciptaku, mengeluh bila didatangkan sedikit ujian..Takdir..suatu ketentuan yang aku sendiri belum jelas untuk kehidupan aku..Ya Allah jika ini takdir ku, izinkan aku melakukan yang terbaik untuk orang yang menyayangiku..Kuatkanlah iman dan hati aku untuk aku melihat keikhlasan bukanya kepalsuan..Amin Ya Rabbalalamin...

Wednesday, June 23, 2010

Bencinta

minggu yang penuh penantian bagi aku..cuba aku kawal emosi supaya tidak mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan aku..Dugaan..but aku selalu ingatkan kawan baik aku "ala U dunia ja"
kata tu juga aku motivasikan diri aku sekarang ni.."Dunia ja..setakat nak kena hamun caci maki orang apa la sangat..kan..kan" tapi aku harap sangat aku berjaya untuk meeting esok..dalam beserabut ni aku terasa nak cari koleksi cita Jepun, taiwan or Korea yang pernah aku layan dulu-dulu..then tetiba terjumpa lagu ni cam best kan...a little bit about Faizal tahir, boleh di katan antara penyayi lelaki Malaysia yang versatile la sekarang ni selepas zaman M.Nasir, Jamal dan yang seangkatan la..so meanningful..enjoy this song...

Monday, June 21, 2010

Edisi baru..



3 hari aku di KL, bukan convacation yang menghairahkan aku tetapi sharing moment yang aku rasa bermakna sangat..di sampaikan oleh Dato Azie Sheikh Mohd partner untuk product Simply siti..hurmm MasyaALLAH membanggakan aku..Allhamdullilah rezeki dia tapi berkat usaha dan izin Allah..Menyemarakan lagi keazaman aku..3 hari aku d kL sempat la jugak jumpa kawan2 lama..semua dah ada life sendiri ada yg masih mengekal cara lama dan ada juga dengan evolusi baru..tapi masa terlampau terhad..Melihat pada kawan2 aku membuat aku terfikir mengenai perjalanan hidup aku..Aku harus membuat keputusan muktamad untuk hidup aku..Edisi baru hidup aku harus aku mulai sebelum aku terlewat..


Friday, June 18, 2010

Bertemu dan berpisah


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Mungkin akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan. ..

Perpisahan.. .
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, temanku..... ...,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah! !!

Thursday, June 17, 2010

Roti Canai + Kari Telur Ikan


Salam pagi Jumaat..hari ni tetiba aku rasa nak makan roti canai dan dipengaruhi oleh Huda yang tertiba bernafsu nak makan..apa lagi "Mapilai" la destinasi kami..tapi tersentak jap..Telurrrrrrr Ikannnn..dah tak boleh buat pa dah terus order nasi la walau jam baru masuk pukul 9.15 pagi...Aku nak menikmati nasi telur ikan aku dulu...sayangilah perut anda...haha

Wednesday, June 16, 2010

Expectation Hurt


15 Jun 2010 makan malam yang tak dirancang untuk meraikan sahabat..Letih aku..mungkin bukan disebabkan jadual kerja aku..disebabkan rasa hati yang terkilan..bak kata Mat salleh Don't expect anything from life, expectation hurt..when u don't expect everything is surprise and u will learn to thankful..dalam kesibukan aku mampu untuk mencari ruang memenuhi permintaan hati tapi akhirnya kesudahan yang memberi pengajaran untuk aku mengetahui kedudukan aku pada diri seorang insan.. "Janganlah engkau meletakan harapan kepada Makhluk nescaya kau akan kecewa"
mengapa perlu pedulikan apa yang orang kata??kenapa perlu kisah dengan cacian dan hinaan manusia??Alah dunia ja la babe...aku tak kisah..apa pun pengajaran ini memang yang terbaik...aku tetap cool and enjoy dinner with my friend..huda,iwan,along,tashin,amy sham n zamzaly(mc 2 hari coz aku racun chiken chop dia huhuhu)