Saturday, October 16, 2010

February 2011

Dah lama aku tak update blog..bnyk perkara yg dah jadi, berubah dan segalanya..sedang pepatah pernah berkata Human can changes in just a second, ni kan pula dah berbulan...lot of things i learn from my daily routine+surroundings+nature..mula2 tu perit juga aku nak terima apa yg berlaku tp ini adalah pengalam yg akan mendewasakan aku..pengalaman ni buat aku rasa teruk hampa dan sedih tp dengan pengalaman ni jugak akan membuatkan aku berjaya suatu hari nanti..apa yg aku belajar dari kegagalan aku adalah rasa syukur dan redha..2 perkataan yg sering diungkapkan org tp amat sukar utk merealisasikanya..bagi manusia seperti aku yg iman senipis kulit bawang cuba mendalami dan menghayati erti kesyukuran dan redha dlm segala urusan..

Thursday, August 12, 2010

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

ANDAI INI Picture (Device Independent Bitmap)YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


Picture (Metafile)


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

Sunday, August 8, 2010

Berakhir sudah sebuah impian

11.47 malam 8 Ogos 2010...aku dalam bilik..di Tv MU vs Chelsea..game yg aku selalu nantikan..tapi langsung tidak menarik minat aku..memanglah orang selalu cakap yang berlaku biarkan berakhir..tapi aku yang menanggung pedih tidak terkira..semua yang berlaku ada hikmahnya...dengan apa yg berlaku aku kenal siapa kawan sejati..dan siapa kawan yang hanya kawan..mungkin aku salah..aku lakukan kesilapan dari segi pekerti dan bahasa, tapi tidak sekilas terniat aku untuk mengkasari insan yang aku anggap "kawan"..adakah kawan sejati akan membiarkan aku hanyut di dalam kesalahan yang aku sendiri tidak sedari..sedangkan aku sanggup bermatian demi insan yang aku anggap kawan aka "teman"..terima kasih kawan..aku tak sehebat kalian..aku hanya seorang insan biasa yang sangat biasa..insan biasa yang mampu kalian temui bila2 masa dan di mana saja..apa lagi harus aku lakukan untuk membetulkan keadaan, pertanyaan telah aku ajukan adakah kalian memarahi aku.. tapi jawapan yang aku terima hanya mendatangkan persoalan pada ku..walaupun bibir dan lidahmu mengatakan tiada apa-apa tetapi wajah mu menceritakan segalanya..betapa kau membeci aku betapa kau menyimpan rasa kurang senag pada aku..betulkah tindakan mu??...aku tidak pandai bermain kata dan bermadah pujangga.. aku tak selembut perkerti kalian..pengetahuan aku tak sehebat ilmu yang kalian miliki..tapi aku diajar untuk menghormati perasaan orang di sekeliling aku..makan hati...terasa hati dah terlampau banyak aku rasa..tapi aku pendamkan jua demi menjaga sebuah perhubungan...jika ia kalian membeci aku..jika ia aku melakukan kesilapan..maaf aku pohonkan...doakan aku tidak lagi berada di depan kalian..
Terima kasih kawan

Thursday, July 22, 2010

Starbucks Taiping Central..hati terusik ke

now 12.35 am 23rd of July 2010..me, kak ina and team a long the way to KL..actually im 50:50 sama ada nak follow or not but with the strong reason i have to go..so stop for a while in Starbucks Taiping..i suddenly felt misz my mum and abah so much like i wanna cry..hope my journey will get bless...i really wanna say this"Mum and abah i loveeeeeee u so much..misz both of U so muchhhhhh...n u my dear i misz U....

Wednesday, July 21, 2010

Standing De Eyes of the world

Carnival Gegar Broadband


6,7, dan 8 Ogos 2010..tarikh yang akan menguji ketahanan mental aku..dah hampir 3 minggu aku work out utk event ni aku harap sangat membuahkan hasil yang aku harapkan..Karnival ni merupakan Karnival Fasilitator Schoolnet wilayah Utara dengan kerjasama Suruhanjaya KOmunikasi dan Multimedia Malaysia (NRO)..aku ingin tonjolkan perpaduan dan kerjasama dikalangan FS Utara yang erat melalui karnival ini..Wahhhh semangatkan aku...
Ngantuk..aku ngantuk sgt..letih..tp aku harus besabar utk memastikan Karnival dan rancangan aku berjaya...

Monday, July 19, 2010

20th July 2010

Salam pagi selasa sekarang dah tepat pukul 2.44 pagi mengikut jam lap top aku la...mata aku berat and pedih sgt coz aku sampai dr KL pun yesterday dl pukul 4.30pagi tido jap kul 8pg aku dah gi kerja..very hectic life but even i tired i enjoy..huhuhuhu aku nak tido la..if aku bagun awal sblm subuh aku coret lg ya

Saturday, July 17, 2010

New step as small people to become a big people InsyALLAH

Salam petang aku kali ini di Papa Kopitiam Bukit Tinggi Klang..dah hampir 2.53pm esok kerja..urghhh.. a lot of thing i ve to settle by tomorrow.. dengan sikap aku yg kekadang tak dapat control risau and gelabah aku senag kata "Gabra".. Ya la mana ada kejayaan datang bergolek tapi ada ja kalau di lahirkan dalam family kaya hahah mcm keluarga NAZA ka ..or any others big name la hahaha..rezeki org..tapi itu bukan termaktub destinasi terakhir or our final destiny..bak kata kak Mariah Cary kita 'U will win When U believe" ...Thanks to all supporter my frenz and family..u know who u guys..(jap lg check upload picture menarik untuk tatapan bersama haha)

Tuesday, July 13, 2010

Karnival oh Karnival

aku dah tak senang duduk ni..Ya Allah apa lagi yang aku nak buat ni..aku dah buntu..dah la penat sgt asyik balik lambat ja dua tiga menjak ni...hari ni dah 13hb event yang dirancang 8hb Ogos aku cuma tinggal 3 minggu sblm event..benda paling penting dah confirm mcm VIP semua dah confirm tapi tempat pulak yang menyakitkan kepala aku..Urghhhhh..Tengak and dengar bset la buat event blh jmp ramai org and keluar sana sini tapi kepala aku dah mcm nak pecah ni..

Saturday, July 10, 2010

SMK BUKIT SELAMBAU..

Aku terlewat lagi..nasib baiklah Shukur col aku if not sure masak aku kena hentam coz tersangatlah lewat..aku bernasib baik kerana hanya lewat sikit ja..huhuhu..
Program hari ini bersempena dengan mesyuarat PIBG sekolah dan diadakan sekali Karnival Schoolnet Attack..secara keseluruhan ok..tapi paling meninggalkan sejarah bila aku jatuh terkelepek...perghhhhh malu dan sakit sangat...tapi ok ja..depan budak2 aku ja pun..tapi bengkak gak la kaki aku..hurmm sbelum aku lupa Karnival ni ada tetamu kehormat jugak la Prof Dato' Dr Zahari Che Dan short, simple and briliant talk..so hari ahad minggu ni terisi jugalah dengan aktiviti yang bermanfaat..aku nak upload gambar tapi laptop aku tertinggal didalam kereta kak ina Orang Kaya Focus A..ni pun guna PC makmal sekolah sementara tunggu depa dok buat postmoterm..otak aku dah start fikir pasal keja yang tertangguh..ha satu lagi malam ni game Spain dan Netherland , "Paul kata Spain" tapi kenyataan bola tu bulat apa2 pun boleh jadi..last words for this post..Syabas dan tahniah kepada semua especially Fasilitator Schoolnet daerah Kuala Muda Yan, Fasilitator Schoolnet wilayah Utara, semua warga sekolah SMK Bukit Selambau PIBG,semua yang terlibat dan FS Azreen dari SK Laneh Kuala Kangsar (event awak minggu depan 17hb July 2010)..ok la aku dah nak balik..

Monday, July 5, 2010

Kerana Sayang..

Alhamdullilah Ya Allah disebalik dugaan dan ujian mu, kau bentangkan aku peluang yang aku harapkan..Aku harap aku tak terleka lagi kali ni..terleka dengan keinginan hati terlampau mengikut kehendak hati sehingga mengenepikan kenyataan hakiki yang aku sendiri sedia maklum siapa aku dan apa aku diperlakukan..serik..?? kenapa aku masih tak serik..?? mungkin kerana sayang..bermaknakah sayang pada insan yang tidak pernah menghargai..kain buruk, nak dibuang kerana kotor tapi perlu juga tika kecemasan untuk mengelap kekotoran yang kain baru dan cantik tidak mampu lakukan, yang nyata kain buruk walau dipandang hina dan jijik tetapi jasanya menggunung pada tuanya..bila aku berkata kata,orang akan kata aku silap menilai dan aku tidak memahami..tapi ada orang cuba memahami apa aku rasa..ungkapan manis berbisa rakan aku, we have to be cruel for certain time and situation..Perasaan kasih dan sayang kurnian Ilahi dan cinta pada manusia hanya membawa kesengsaraan..cinta hakiki dan abadi hanya pada DIA Ya Rabbi..nasihatku pada diri dan teman, jangan kau jadikan perasaan sayang sesama manusia sebagai boneka yang mampu untuk kau permainkan..jangan kau hina dan mengelirukan perasaan orang yang menyimpan sayang, kerana mereka tidak meminta untuk menyimpan sayang..sedangkan kau berbahagia bergembira melihat orang menagih kasih kau..setiap hari kita akan mengingati orang yang disayang, tetapi orang yang disayang akan mengingati kita hanya ketika perlu..adakah harus kita telan hanya kerana Sayang..?? Ya aku menyayangi dan aku disayangi..malangnya aku menyayangi orang yang salah sehinggakan aku terlupa membalas kasih orang yang menyayangi aku..Ya Allah kekuatan ini aku nantikan..akan aku pastikan tiada lagi Sayang untuk orang yang aku sayangi..kerana aku rasa cukup samapai di sini seksaan aku..mengenalimu sesuatu yang manis untuk aku lupakan, tapi kau terpaksa aku lupakan kerana tiba masanya untuk aku membina kebahagian aku walaupun aku tahu kau cuba menguntum sinis padaku kerana aku cuba mencipta bahagiaku..kau terlampau angkuh kerana kau terlampau yakin aku tak mampu melupakan mu, kerana aku menyayangimu..keangkuhan kau mengajar aku mengenali kau..pasti kita akan ketemu..

Self Satisfaction

12.35am, aku baru smapai rumah setelah seharian..selalunya mata sepet aku tak lagi mampu bertahan sure "menyembam" bantal..seharian migrin aku menyerang tak memberi peluang kepada aku..dugaan aku..macam2 aku lalui minggu lepas cuma aku tak sempat nak update..mengembirakan dan menyedarkan..Carnival Broadband aku rencanakan bersama rakan2 seperjuangan aku Alhamdullilah mendapat sambutan baik daripada orang2 berkenaan, akan aku lakukan yang terbaik untuk membuktikan credibility Facilitator Schoolnet Wilayah Utara secara amnya dan credibility aku khasnya...inilah self satisfactions yang aku cuba kecapi dalam masa terdekat ini..Pintu Peluang sekali lagi dibuka kepada aku bila aku dikenalkan dengan seseorang yang akan membantu aku dalam merealisasikan impian aku..

Saturday, July 3, 2010

Sayang buat perangai...


Sakit hati aku bila sayang buat perangai..segalanya aku dah buat untuk memujuk tapi hati masih lagi keras senang kata "KetegaQ"..dari pujukan hingga belaian semua aku turutkan tapi nyata tidak langsung meninggalkan kesan..Ya Allah..keras sungguh hati makhluk ciptaan mu ini...Sabaq..Sabaq..dengan aksi belagak sombong angkuh dia macam nak sepak jer kalau dapat kat aku jap lagi..aku yakin walau macamana punya belagak pun makhluk tu dia masih perlukan aku.. Putehhhhhhhhhhhhhhhh....jeritkan aku selepas puas aku memujuk untuk dia turun dari bumbung umah aku..geram betul dah la nak maghrib dia boleh beraksi pulak tak mau turun dari bumbung...ni adalah salah satu dugaan untuk menguji kesabaran aku...hahaha tapi kelakar juga bila difikirkan..ni baru kucing bukan lagi kekasih hati atau teman hidup aku yang buat perangai..InsyALLAH aku mohon dipermudahkan segala perjalanan hidup aku..mohon aku tidak diuji diatas perbuatan silam ku...

Sunday, June 27, 2010

German Vs England


hahahha..seperti dijangka..German menang..buat penyokong England terimalah kenyataan dengan redha..berjumpa lagi 4 tahun akan datang..

Friday, June 25, 2010

Senja


Aku dah mula bosan dengan hari-hari aku lalui tanpa jadual yang ketat seperti dulu..walau jadual aku pax and aku penat tapi aku puas, dari aku menghitung masa dan berlalu tanpa impact yang menguntungkan..Aku masih keliru..masih tidak mampu utk 100% focus..serabut..apa yang aku serabutkan aku pun tak pasti...masalah??semua ada masalah tapi tah la napa aku rasa burden sangat..hati?? mungkin aku terlampau ikutkan sangat rasa hati..apa pun persoalan dan masalah dalam dunia ni tiada manusia terbaik untuk kita rujuk memohon pendapat..hanya sujud pada Maha Pencipta itulah yang terbaik..Melihat keindahan senja di tepi pantai Kuala Muda membuat aku rasa hiba dan sayu sangat hati..teringat akan kenaifan aku mengenali sendiri penciptaku, mengeluh bila didatangkan sedikit ujian..Takdir..suatu ketentuan yang aku sendiri belum jelas untuk kehidupan aku..Ya Allah jika ini takdir ku, izinkan aku melakukan yang terbaik untuk orang yang menyayangiku..Kuatkanlah iman dan hati aku untuk aku melihat keikhlasan bukanya kepalsuan..Amin Ya Rabbalalamin...

Wednesday, June 23, 2010

Bencinta

minggu yang penuh penantian bagi aku..cuba aku kawal emosi supaya tidak mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan aku..Dugaan..but aku selalu ingatkan kawan baik aku "ala U dunia ja"
kata tu juga aku motivasikan diri aku sekarang ni.."Dunia ja..setakat nak kena hamun caci maki orang apa la sangat..kan..kan" tapi aku harap sangat aku berjaya untuk meeting esok..dalam beserabut ni aku terasa nak cari koleksi cita Jepun, taiwan or Korea yang pernah aku layan dulu-dulu..then tetiba terjumpa lagu ni cam best kan...a little bit about Faizal tahir, boleh di katan antara penyayi lelaki Malaysia yang versatile la sekarang ni selepas zaman M.Nasir, Jamal dan yang seangkatan la..so meanningful..enjoy this song...

Monday, June 21, 2010

Edisi baru..



3 hari aku di KL, bukan convacation yang menghairahkan aku tetapi sharing moment yang aku rasa bermakna sangat..di sampaikan oleh Dato Azie Sheikh Mohd partner untuk product Simply siti..hurmm MasyaALLAH membanggakan aku..Allhamdullilah rezeki dia tapi berkat usaha dan izin Allah..Menyemarakan lagi keazaman aku..3 hari aku d kL sempat la jugak jumpa kawan2 lama..semua dah ada life sendiri ada yg masih mengekal cara lama dan ada juga dengan evolusi baru..tapi masa terlampau terhad..Melihat pada kawan2 aku membuat aku terfikir mengenai perjalanan hidup aku..Aku harus membuat keputusan muktamad untuk hidup aku..Edisi baru hidup aku harus aku mulai sebelum aku terlewat..


Friday, June 18, 2010

Bertemu dan berpisah


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Mungkin akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan. ..

Perpisahan.. .
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, temanku..... ...,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah! !!

Thursday, June 17, 2010

Roti Canai + Kari Telur Ikan


Salam pagi Jumaat..hari ni tetiba aku rasa nak makan roti canai dan dipengaruhi oleh Huda yang tertiba bernafsu nak makan..apa lagi "Mapilai" la destinasi kami..tapi tersentak jap..Telurrrrrrr Ikannnn..dah tak boleh buat pa dah terus order nasi la walau jam baru masuk pukul 9.15 pagi...Aku nak menikmati nasi telur ikan aku dulu...sayangilah perut anda...haha

Wednesday, June 16, 2010

Expectation Hurt


15 Jun 2010 makan malam yang tak dirancang untuk meraikan sahabat..Letih aku..mungkin bukan disebabkan jadual kerja aku..disebabkan rasa hati yang terkilan..bak kata Mat salleh Don't expect anything from life, expectation hurt..when u don't expect everything is surprise and u will learn to thankful..dalam kesibukan aku mampu untuk mencari ruang memenuhi permintaan hati tapi akhirnya kesudahan yang memberi pengajaran untuk aku mengetahui kedudukan aku pada diri seorang insan.. "Janganlah engkau meletakan harapan kepada Makhluk nescaya kau akan kecewa"
mengapa perlu pedulikan apa yang orang kata??kenapa perlu kisah dengan cacian dan hinaan manusia??Alah dunia ja la babe...aku tak kisah..apa pun pengajaran ini memang yang terbaik...aku tetap cool and enjoy dinner with my friend..huda,iwan,along,tashin,amy sham n zamzaly(mc 2 hari coz aku racun chiken chop dia huhuhu)

Friday, March 26, 2010

am i Hypocrite...??

"Luahkan..ceritakan..sharing means caring" ayat biasa terpancul dari orang sekeliling aku..when im think back hypocrite is a must for the certain time but its depends on circumstances..Senang bagi orang lain untuk meminta aku meluahkan apa yang aku rasa tapi aku urghhh cam nak terkeluar bara..aku tak rasa ini hypocrite, ego or any lah yg manusia nak gelar..aku cuba lakukan yang terbaik bukan utk aku sorang tapi utk semua..arghhh im sick im really sick with all this but as a human and as a muslim..apa yang aku belajar dari Abah aku, biar kita dihina biar kita ada masalah segunung pun jgn sekali memaki' dan menarik muka moody menunjukan pada saentero dunia yang kita bermasalah..itu kejam dan tak adil pada org sekeliling kita..mereka tidak terlibat dan mereka bukan penyebab kepada masalah kita..aku cuba ikut tapi kekadang terlepas gak...bila aku tak mampu lg menahan apa yang aku rasa..walaupun org mengelarkan air mata itu tanda kelemahan tapi ia ketenangan satu treatment yang bagus utk manusia melepaskan tekanan di dada..Aku dikenali sebagai seorg yang happy gila, penceria and pemeriah keadaan dan ketiadaan aku sering dirasai hahahaaa.....Bagi aku difinasi hypocrite itu merujuk kepada manusia plastik yang melakukan sesuatu perkara (kebaikan) tapi tidak ikhlas..its not what they are really meant to do it..maybe they just done it because of recognition , proud or want to show off to public or what...but im salute for those who done a good thing but in silent mood and doing a harsh or maybe rough things but for a good reason..

Tuesday, March 23, 2010

Words of Today..

"Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu" "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang." Ketika CINTA menyapamu, jangan silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah CINTA itu akan m...embuatmu semakin dekat kepada ALLAH atau tidak..


ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan..tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita..

Malam Yang Ngeri.....


Assalammualaikum..Pagi yang agak hening selepas melalui 1 malam bersama pengalaman baru yang tidak pernah tersingkap dalam kotak fikiran aku seumur hidup..Walaupun aku mempunyai zaman gelap aku yang aku consider sebagai zaman Jahiliah aku tapi ni pengalaman baru yang mungking agak merubah hidup aku supaya lebih berhati-hati dalam apa jua tindak tanduk dan pergaulan seharian kita...Apa yang aku boleh ungkapkan di sini aku mungkin dianaya atau mungkin salah paham..Dadah musuh utama negara babe benda yang paling aku benci.Aku seorang penyokong kuat kempen belia benci dadah tapi aku boleh disabitkan dengan isu ni..My God hanya Allah yang tahu keadaan aku..Aku pangkah,aku benci rasa macam sial jerkan orang yang terlibat dengan benda haram ni...Aku respect la dengan pihak berkuasa yang bersungguh berusaha untuk membrantras sehinggakan mampu membuat aku berfikir 2 kali tapi iman masih kukuh aku tau aku tak salah..Neway thanks to all my frenz yang sanggup dtg dari jauh untuk membantu walau tanpa di minta, best frenz aku(walaupun keadaan tertekan aku cam superb gak la boleh lagi calm cause best frenz aku,walau dia tiada dengan aku masa tu walau sekadar sms but tapi cukup bermakna..Thanks babe)

Monday, March 22, 2010

Aper aku rasa nih.....


Rakan seperjuangan aku sewaktu zaman Universitas baru saja menamatkan zaman bujangnya..haaaaa..dah menjadi lumrah kehidupan masa kecik semua orang sibuk masukan anak-anak ke sekolah yang hebat-hebat, lepas tu masuk universiti or kolej yang gempaq then masing-masing berlumba mendapatkan kerja terbaik dengan jawatan yang boleh dibanggakan kitaran hidup diteruskan dengan alam perkahwinan...aku rasa semua kitaran aku dah lalui dengan agak cemerlang dan membanggakan bapak aku tapi kitaran perkahwinan jer yang belum berjaya aku tempuhi lagi..Mak bapak mana tak risau tp parents aku ok ja depa paham la jugak tetapi kekadang tu ada juga bunya macam teringin nak dapat cucu..ntah sempat ke tak..Urghhhhhhh tekanan aku dengaQ..Apa2 pun aku doakan yang terbaik kepada semua kekawan aku yang melangkah setapak maju kehadapan meninggalkan aku..Ok Babe semoga kalian berbahagia, dirahmati Allah dan menjadi isteri yang solehah dan suami yang soleh..Amin

Wednesday, March 17, 2010

Kenangan Semalam...

Ermmm..at first promise to myself dat i will write on this blog everyday as my online diary but time constraint so everything just pending on my head hahaha...Kenangan yang tak mampu dilupakan tp ada org kata kalau kita tidak melupakan kenangan semalam bagaimana kenangan baru nak bersemi...???? persoalanya...
Aku ingatkan Just Forgive me just a starting point to end all the weird relationship but its not like what im guess...
Aku tak nafikan yang aku rindu sgt masa-masa yang aku share dengan best frenz aku..(best frenz la sgt kan..)..ahh aku tak kisahlah apa public nak tafsir hubungan aku dg best frenz aku but for both of us we need each other and really know each other well..

Monday, March 1, 2010

pLEASE fORGIVE mE

Please forgive me by bryan adams..ermmm lagu orang putih..aku terima semalam daripada seorang sahabat yang sangat sekepala dan memahami aku..setelah sekian lama mendiam dan menghilangkan diri..kekadang aku terfikir dengan akal yang kurang waras macam tak adil jer hidup ni, tp Allah maha adil setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya yang harus kita redha..Jodoh, pertemuan, ajal maut, rezeki di tangan yang maha Esa..nak cerita sikit dia ni kawan aku merangkap sahabat pengkritik aku yang setia, dah macam adik beradik tiada kata nak gambar keakraban aku dan dia,perpisahan yang aku dah jangka tapi cuba dinafikan oleh sahabat aku..akhirnya macam judul lagu la seperti yang ku jangka..sahabat aku meninggalkan aku..hampir 4bulan juga aku tekanan perasaan..tapi cuma aku dan perasaan aku jer kerja aku still tip top bertambah bagus family aku agak perasaan la tapi bagi keluarga, aku kuat semanggat and happenning..so apa lagi..bawa diri la aku..tapi tak kemana pun cuma mem bz kan diri dengan outstation setiap minggu,business aku (dengan harapan nak menjadi ahli perniagaan hoho bukan ahli keparat)..walau aku cuba belagak cool tapi bila ada game Arsenal sure ingat juga..hahahaha..pada mula susah gak aku nak terima tapi bila berfikir secara membina biarlah jika ini membahagiakan dia as a frenz aku sokong aje..tapi gua sayang lu babe..tak pa lah babe, gua janji dengan diri gua akan buktikan kat lu, gua akan dapat apa gua impikan..tak dapat Mitsubishi Lancer , Honda Accord baru or Toyota Camry pun jadi la..
Persoalan..kenapa persahabatan susah nak kekal bila kita dah semakin dewasa?? kalau dahberumah tangga mesti kena putus sahabat ker??...

Sunday, February 28, 2010

Jalan Yang Lurus..........Tapi tak lurus sgt jalan ni


















Cuping Perlis...rasa rugi sangat tak dapat ambil best shot di kawasan ni..its my 1st time melalui kawasan ni..walaupun pemandangan hanya ladang tebu, bukit dan jalan raya..tapi best sangat ditambah dengan suasana yang mendung fuhhhhhhh best babe..tapi aku drive masa ni..if not sure i can have best shot..