Monday, July 5, 2010

Kerana Sayang..

Alhamdullilah Ya Allah disebalik dugaan dan ujian mu, kau bentangkan aku peluang yang aku harapkan..Aku harap aku tak terleka lagi kali ni..terleka dengan keinginan hati terlampau mengikut kehendak hati sehingga mengenepikan kenyataan hakiki yang aku sendiri sedia maklum siapa aku dan apa aku diperlakukan..serik..?? kenapa aku masih tak serik..?? mungkin kerana sayang..bermaknakah sayang pada insan yang tidak pernah menghargai..kain buruk, nak dibuang kerana kotor tapi perlu juga tika kecemasan untuk mengelap kekotoran yang kain baru dan cantik tidak mampu lakukan, yang nyata kain buruk walau dipandang hina dan jijik tetapi jasanya menggunung pada tuanya..bila aku berkata kata,orang akan kata aku silap menilai dan aku tidak memahami..tapi ada orang cuba memahami apa aku rasa..ungkapan manis berbisa rakan aku, we have to be cruel for certain time and situation..Perasaan kasih dan sayang kurnian Ilahi dan cinta pada manusia hanya membawa kesengsaraan..cinta hakiki dan abadi hanya pada DIA Ya Rabbi..nasihatku pada diri dan teman, jangan kau jadikan perasaan sayang sesama manusia sebagai boneka yang mampu untuk kau permainkan..jangan kau hina dan mengelirukan perasaan orang yang menyimpan sayang, kerana mereka tidak meminta untuk menyimpan sayang..sedangkan kau berbahagia bergembira melihat orang menagih kasih kau..setiap hari kita akan mengingati orang yang disayang, tetapi orang yang disayang akan mengingati kita hanya ketika perlu..adakah harus kita telan hanya kerana Sayang..?? Ya aku menyayangi dan aku disayangi..malangnya aku menyayangi orang yang salah sehinggakan aku terlupa membalas kasih orang yang menyayangi aku..Ya Allah kekuatan ini aku nantikan..akan aku pastikan tiada lagi Sayang untuk orang yang aku sayangi..kerana aku rasa cukup samapai di sini seksaan aku..mengenalimu sesuatu yang manis untuk aku lupakan, tapi kau terpaksa aku lupakan kerana tiba masanya untuk aku membina kebahagian aku walaupun aku tahu kau cuba menguntum sinis padaku kerana aku cuba mencipta bahagiaku..kau terlampau angkuh kerana kau terlampau yakin aku tak mampu melupakan mu, kerana aku menyayangimu..keangkuhan kau mengajar aku mengenali kau..pasti kita akan ketemu..

No comments:

Post a Comment