Tuesday, August 9, 2011




Pantai Cenang Langkawi

















Pantai Kelulut , Kuala Terangganu
















Teluk Batik

Thursday, July 14, 2011

Kepadatan Jadual

Assalammualaikum..Alhamdullilah masih ok even dah 4 hari demam since last Sunday..
Lately ni jadual punyalah padat dengan event yg telah dirancang dan event tak dirancang.
so moral of this situation always get yourself ready for any circumstances. Aku minta accuse dari boss nak half day hari ini, alhamdullilah bos tengok sendiri keadaan aku yang tak sihat ni so aku berjaya half day..but step out from this office aku direct to Terangganu sending my sister back with little ameena..hurmm sure gonna miss her lot.. yer la almost a week ameena di rumah balik kerja tengok dia, banggun pagi pun tengok dia dulu..Hwaaaaaaaa..

Thursday, June 30, 2011

Mengalir Air Mata Seorang Lelaki kerna sebuah Persahabatan..


Bestkan tajuk ni..hurmm mcm tak percaya..tgk Nur Kasih pun aku xsedih tapi tengok T3 ni aku boleh sebak dohh..si Hero boleh mengalirkan air mata apabila si bumblebee hampir dihancurkan..and he trying the best he could do to save the bumblebee even he know it will the end of his life..true friend will never leave you when you in pain..

BERSIH


Apa yang kita faham mengenai perkataan BERSIH ni??? BERSIH suci tanpa was was tu slogan product Zaitun..tp skg ni smp 9 Julai ni perkataan ni sangat lah sensitif..apa pun pandangan,idea or any thought about that words, jangan bahayakan dan memperjudikan masa hadapan diri sendiri untuk kepentingan individu tertentu..bak kata Optimus Prime U can betray others but dont betray your own self..

Tuesday, June 28, 2011

KOMPUTER 1MALAYSIA

Salam 1Malaysia dah lama tak update blog...isu yg hot dalam kepala otak aku dan rakan2 sekeliling aku selama hampir 4 bulan ni"Komputer 1Malaysia"....Orang yang nak dan bakal terima suka la..aku dan yg lain2 ni dibahagian perlaksana ni perhhhhh macam nak pecah kepala dah..
ntah lah susah nak gambarkan..kekadang terfikir juga aku Pemberian Komputer 1Malaysia ni adalah suatu kesyukuran ke atau sumpahan??.. Pada mula aku dimaklumkan tentang cadangan untuk memberi 1Notebook utk pelajar sekolah yang berpendapatan rendah dengan tujuan untuk mengalakan penggunaan internet dan mendekatkan jurang digital ..wahh rasa mcm syukur sangat2 coz wujudnya bantuan mcm ni yer la kalau di fikirkan betapa beruntungnya berganda faedah pelajar yang akan menerima Notebook ni..aku dulu nak dapat laptop sendiri pun jenuh simpan duit gaji barulah boleh dapat satu..tp budak2 sekarang ni, tingkatan 1 dah boleh ada Netbook sendiri..tak apa la dah rezeki kome kan..
Tapi bila program dah terlaksana aku betul2 frust..bila penerima yang terpilih ni tak menghargai..bukan ucapan terima kasih atau pujian yang aku hadapkan tak pula cacian yg ingin aku dengarkan..tp tu la rakyat Malaysia..asal ada yg tak kena sikit maki hamun orang..apa salahnya datang secara hormat kita berbincang tak salah malah dalam semua Agama menggalakan perbincangan dan bertolak ansur..Ya Allah aku mohon sangat budaya caci maki hilang dan lenyap dari bangsa aku ini.

Wednesday, February 23, 2011

Sayang.........tolong tinggalkan aku

Tak terbendung lagi aku rasa..umpama batu besar yang menghempap dada..tak terbendung lagi kawah anak mata aku untuk menampung tindak balas kimia isyarat dari hati+otak ke mata.. Iya aku jahil tp otak ku masih waras dalam mengenali penciptaku..telah aku cuba meredhakan segala yang terjadi mungkin kerna khilaf iman ku senipis kulit bawang..Ya Allah aku memohon pada mu tabahkan hatiku, sucikan hatiku utk menghadapi perasaan ini.
kenapa sayang itu masih milik dia..walaupun bertahun aku berusaha memalingkanya tapi sayang kau tetap pemiliknya..walaupun luluh hatiku namun tidak pernah aku mendoakan kehancuran buat mu..kalau bisa aku pergi mahu saja aku pergi hanya kerna tanggungjawab aku masih terikat di sini..true best friends will never leave you when u in pain...dengan mengantikan sebuah perasaan kepada persahabatan sangat indah utuk diceritakan..tapi hanya yang menanggung dapat merasi nikmatnya..betapa aku mengharapkan persahabatan itu hanya untuk memujuk diri bahawa diriku bermakna sesuatu dan masih ada sudut kecil di relung hatimu..tapi itu pun aku kecewa lagi..adakah aku hanya melepaskan anjing yang tersepit..adakah persahabatan dan perkhabaran yang once in the blue moon menjelma hanya kerana menjaga kepentingan sendiri atau perasan bersalah dg apa yang telah diperlakukan pada aku..bukan daripada keihlasan hati perasaan sejati yang pernah hadir antara aku dan dia..Ya Allah aku memohon petunjuk dari mu..Ya Rabbi


Saturday, October 16, 2010

February 2011

Dah lama aku tak update blog..bnyk perkara yg dah jadi, berubah dan segalanya..sedang pepatah pernah berkata Human can changes in just a second, ni kan pula dah berbulan...lot of things i learn from my daily routine+surroundings+nature..mula2 tu perit juga aku nak terima apa yg berlaku tp ini adalah pengalam yg akan mendewasakan aku..pengalaman ni buat aku rasa teruk hampa dan sedih tp dengan pengalaman ni jugak akan membuatkan aku berjaya suatu hari nanti..apa yg aku belajar dari kegagalan aku adalah rasa syukur dan redha..2 perkataan yg sering diungkapkan org tp amat sukar utk merealisasikanya..bagi manusia seperti aku yg iman senipis kulit bawang cuba mendalami dan menghayati erti kesyukuran dan redha dlm segala urusan..

Thursday, August 12, 2010

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

ANDAI INI Picture (Device Independent Bitmap)YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


Picture (Metafile)


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

Sunday, August 8, 2010

Berakhir sudah sebuah impian

11.47 malam 8 Ogos 2010...aku dalam bilik..di Tv MU vs Chelsea..game yg aku selalu nantikan..tapi langsung tidak menarik minat aku..memanglah orang selalu cakap yang berlaku biarkan berakhir..tapi aku yang menanggung pedih tidak terkira..semua yang berlaku ada hikmahnya...dengan apa yg berlaku aku kenal siapa kawan sejati..dan siapa kawan yang hanya kawan..mungkin aku salah..aku lakukan kesilapan dari segi pekerti dan bahasa, tapi tidak sekilas terniat aku untuk mengkasari insan yang aku anggap "kawan"..adakah kawan sejati akan membiarkan aku hanyut di dalam kesalahan yang aku sendiri tidak sedari..sedangkan aku sanggup bermatian demi insan yang aku anggap kawan aka "teman"..terima kasih kawan..aku tak sehebat kalian..aku hanya seorang insan biasa yang sangat biasa..insan biasa yang mampu kalian temui bila2 masa dan di mana saja..apa lagi harus aku lakukan untuk membetulkan keadaan, pertanyaan telah aku ajukan adakah kalian memarahi aku.. tapi jawapan yang aku terima hanya mendatangkan persoalan pada ku..walaupun bibir dan lidahmu mengatakan tiada apa-apa tetapi wajah mu menceritakan segalanya..betapa kau membeci aku betapa kau menyimpan rasa kurang senag pada aku..betulkah tindakan mu??...aku tidak pandai bermain kata dan bermadah pujangga.. aku tak selembut perkerti kalian..pengetahuan aku tak sehebat ilmu yang kalian miliki..tapi aku diajar untuk menghormati perasaan orang di sekeliling aku..makan hati...terasa hati dah terlampau banyak aku rasa..tapi aku pendamkan jua demi menjaga sebuah perhubungan...jika ia kalian membeci aku..jika ia aku melakukan kesilapan..maaf aku pohonkan...doakan aku tidak lagi berada di depan kalian..
Terima kasih kawan

Thursday, July 22, 2010

Starbucks Taiping Central..hati terusik ke

now 12.35 am 23rd of July 2010..me, kak ina and team a long the way to KL..actually im 50:50 sama ada nak follow or not but with the strong reason i have to go..so stop for a while in Starbucks Taiping..i suddenly felt misz my mum and abah so much like i wanna cry..hope my journey will get bless...i really wanna say this"Mum and abah i loveeeeeee u so much..misz both of U so muchhhhhh...n u my dear i misz U....

Wednesday, July 21, 2010

Standing De Eyes of the world

Carnival Gegar Broadband


6,7, dan 8 Ogos 2010..tarikh yang akan menguji ketahanan mental aku..dah hampir 3 minggu aku work out utk event ni aku harap sangat membuahkan hasil yang aku harapkan..Karnival ni merupakan Karnival Fasilitator Schoolnet wilayah Utara dengan kerjasama Suruhanjaya KOmunikasi dan Multimedia Malaysia (NRO)..aku ingin tonjolkan perpaduan dan kerjasama dikalangan FS Utara yang erat melalui karnival ini..Wahhhh semangatkan aku...
Ngantuk..aku ngantuk sgt..letih..tp aku harus besabar utk memastikan Karnival dan rancangan aku berjaya...

Monday, July 19, 2010

20th July 2010

Salam pagi selasa sekarang dah tepat pukul 2.44 pagi mengikut jam lap top aku la...mata aku berat and pedih sgt coz aku sampai dr KL pun yesterday dl pukul 4.30pagi tido jap kul 8pg aku dah gi kerja..very hectic life but even i tired i enjoy..huhuhuhu aku nak tido la..if aku bagun awal sblm subuh aku coret lg ya

Saturday, July 17, 2010

New step as small people to become a big people InsyALLAH

Salam petang aku kali ini di Papa Kopitiam Bukit Tinggi Klang..dah hampir 2.53pm esok kerja..urghhh.. a lot of thing i ve to settle by tomorrow.. dengan sikap aku yg kekadang tak dapat control risau and gelabah aku senag kata "Gabra".. Ya la mana ada kejayaan datang bergolek tapi ada ja kalau di lahirkan dalam family kaya hahah mcm keluarga NAZA ka ..or any others big name la hahaha..rezeki org..tapi itu bukan termaktub destinasi terakhir or our final destiny..bak kata kak Mariah Cary kita 'U will win When U believe" ...Thanks to all supporter my frenz and family..u know who u guys..(jap lg check upload picture menarik untuk tatapan bersama haha)

Tuesday, July 13, 2010

Karnival oh Karnival

aku dah tak senang duduk ni..Ya Allah apa lagi yang aku nak buat ni..aku dah buntu..dah la penat sgt asyik balik lambat ja dua tiga menjak ni...hari ni dah 13hb event yang dirancang 8hb Ogos aku cuma tinggal 3 minggu sblm event..benda paling penting dah confirm mcm VIP semua dah confirm tapi tempat pulak yang menyakitkan kepala aku..Urghhhhh..Tengak and dengar bset la buat event blh jmp ramai org and keluar sana sini tapi kepala aku dah mcm nak pecah ni..

Saturday, July 10, 2010

SMK BUKIT SELAMBAU..

Aku terlewat lagi..nasib baiklah Shukur col aku if not sure masak aku kena hentam coz tersangatlah lewat..aku bernasib baik kerana hanya lewat sikit ja..huhuhu..
Program hari ini bersempena dengan mesyuarat PIBG sekolah dan diadakan sekali Karnival Schoolnet Attack..secara keseluruhan ok..tapi paling meninggalkan sejarah bila aku jatuh terkelepek...perghhhhh malu dan sakit sangat...tapi ok ja..depan budak2 aku ja pun..tapi bengkak gak la kaki aku..hurmm sbelum aku lupa Karnival ni ada tetamu kehormat jugak la Prof Dato' Dr Zahari Che Dan short, simple and briliant talk..so hari ahad minggu ni terisi jugalah dengan aktiviti yang bermanfaat..aku nak upload gambar tapi laptop aku tertinggal didalam kereta kak ina Orang Kaya Focus A..ni pun guna PC makmal sekolah sementara tunggu depa dok buat postmoterm..otak aku dah start fikir pasal keja yang tertangguh..ha satu lagi malam ni game Spain dan Netherland , "Paul kata Spain" tapi kenyataan bola tu bulat apa2 pun boleh jadi..last words for this post..Syabas dan tahniah kepada semua especially Fasilitator Schoolnet daerah Kuala Muda Yan, Fasilitator Schoolnet wilayah Utara, semua warga sekolah SMK Bukit Selambau PIBG,semua yang terlibat dan FS Azreen dari SK Laneh Kuala Kangsar (event awak minggu depan 17hb July 2010)..ok la aku dah nak balik..

Monday, July 5, 2010

Kerana Sayang..

Alhamdullilah Ya Allah disebalik dugaan dan ujian mu, kau bentangkan aku peluang yang aku harapkan..Aku harap aku tak terleka lagi kali ni..terleka dengan keinginan hati terlampau mengikut kehendak hati sehingga mengenepikan kenyataan hakiki yang aku sendiri sedia maklum siapa aku dan apa aku diperlakukan..serik..?? kenapa aku masih tak serik..?? mungkin kerana sayang..bermaknakah sayang pada insan yang tidak pernah menghargai..kain buruk, nak dibuang kerana kotor tapi perlu juga tika kecemasan untuk mengelap kekotoran yang kain baru dan cantik tidak mampu lakukan, yang nyata kain buruk walau dipandang hina dan jijik tetapi jasanya menggunung pada tuanya..bila aku berkata kata,orang akan kata aku silap menilai dan aku tidak memahami..tapi ada orang cuba memahami apa aku rasa..ungkapan manis berbisa rakan aku, we have to be cruel for certain time and situation..Perasaan kasih dan sayang kurnian Ilahi dan cinta pada manusia hanya membawa kesengsaraan..cinta hakiki dan abadi hanya pada DIA Ya Rabbi..nasihatku pada diri dan teman, jangan kau jadikan perasaan sayang sesama manusia sebagai boneka yang mampu untuk kau permainkan..jangan kau hina dan mengelirukan perasaan orang yang menyimpan sayang, kerana mereka tidak meminta untuk menyimpan sayang..sedangkan kau berbahagia bergembira melihat orang menagih kasih kau..setiap hari kita akan mengingati orang yang disayang, tetapi orang yang disayang akan mengingati kita hanya ketika perlu..adakah harus kita telan hanya kerana Sayang..?? Ya aku menyayangi dan aku disayangi..malangnya aku menyayangi orang yang salah sehinggakan aku terlupa membalas kasih orang yang menyayangi aku..Ya Allah kekuatan ini aku nantikan..akan aku pastikan tiada lagi Sayang untuk orang yang aku sayangi..kerana aku rasa cukup samapai di sini seksaan aku..mengenalimu sesuatu yang manis untuk aku lupakan, tapi kau terpaksa aku lupakan kerana tiba masanya untuk aku membina kebahagian aku walaupun aku tahu kau cuba menguntum sinis padaku kerana aku cuba mencipta bahagiaku..kau terlampau angkuh kerana kau terlampau yakin aku tak mampu melupakan mu, kerana aku menyayangimu..keangkuhan kau mengajar aku mengenali kau..pasti kita akan ketemu..

Self Satisfaction

12.35am, aku baru smapai rumah setelah seharian..selalunya mata sepet aku tak lagi mampu bertahan sure "menyembam" bantal..seharian migrin aku menyerang tak memberi peluang kepada aku..dugaan aku..macam2 aku lalui minggu lepas cuma aku tak sempat nak update..mengembirakan dan menyedarkan..Carnival Broadband aku rencanakan bersama rakan2 seperjuangan aku Alhamdullilah mendapat sambutan baik daripada orang2 berkenaan, akan aku lakukan yang terbaik untuk membuktikan credibility Facilitator Schoolnet Wilayah Utara secara amnya dan credibility aku khasnya...inilah self satisfactions yang aku cuba kecapi dalam masa terdekat ini..Pintu Peluang sekali lagi dibuka kepada aku bila aku dikenalkan dengan seseorang yang akan membantu aku dalam merealisasikan impian aku..

Saturday, July 3, 2010

Sayang buat perangai...


Sakit hati aku bila sayang buat perangai..segalanya aku dah buat untuk memujuk tapi hati masih lagi keras senang kata "KetegaQ"..dari pujukan hingga belaian semua aku turutkan tapi nyata tidak langsung meninggalkan kesan..Ya Allah..keras sungguh hati makhluk ciptaan mu ini...Sabaq..Sabaq..dengan aksi belagak sombong angkuh dia macam nak sepak jer kalau dapat kat aku jap lagi..aku yakin walau macamana punya belagak pun makhluk tu dia masih perlukan aku.. Putehhhhhhhhhhhhhhhh....jeritkan aku selepas puas aku memujuk untuk dia turun dari bumbung umah aku..geram betul dah la nak maghrib dia boleh beraksi pulak tak mau turun dari bumbung...ni adalah salah satu dugaan untuk menguji kesabaran aku...hahaha tapi kelakar juga bila difikirkan..ni baru kucing bukan lagi kekasih hati atau teman hidup aku yang buat perangai..InsyALLAH aku mohon dipermudahkan segala perjalanan hidup aku..mohon aku tidak diuji diatas perbuatan silam ku...